Baru tadi hantar nisaq balik ke hostel. Kali ini mungkin ke hostel yang terakhir…sebab selepas ni dia exam final, btn dan terus induksi…dan terus posting. Erm..begitu cepat masa berlalu. Rasa berat dan berdebar-debar pula menunggu keputusan posting dia. Harapnya dapat dekat-dekat ipoh ni juga. Tapi jika ditakdirkan jauh…dah siap pesan akak…jgn lupa balik jenguk abah dan cik da kat sini. Semoga dia sentiasa menjadi anak yang sentiasa mengingati ibu bapanya. Amin…tadi semasa bersiap nak balik berdialog sebentar dengan akak.
Kakak : Kenapa abah marah benar dengan “dia” cik da?
Cik da : Abah bukan marah tapi kecil hati saje…entah lah…mungkin sebab dia rasa budak tu
penting diri kot…
Cik da : Di tengah -tengah jiwa tak berapa betul ni…kenapa la dia muncul juga ye kak…
Kakak : Akak pun terfikir tadi…tapi tak pela..akak berdoa..jika dia jodoh akak…dekatkan lah kami
berdua…jika bukan jauhkan lah…erm…heheheh
Cik da : (dalam hati) begitu mudah dia fikir…senang..dan penuh redha…hhahhaha..kalau aku
dulu mau nangis aje kerjanya…
Sekurang-kurangnya aku tau apa yang tersirat dalam hati dia. Dia tidak meletakkan rasa hatinya di atas. Dia lebih rasional. Semoga dia menjadi seperti Nisa dalam tahajud cinta Nisa…yang penuh redha dan tawaduk dalam tugasnya sebagai hamba Allah. Aku berdoa semoga dia sentiasa tabah dan redha dengan ketentuanNya. Nisaq. Good Luck…dan selamat maju jaya. Caiyok!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan