Sabtu, 8 Mei 2010

Nisaq...semoga berjaya...caiyok!!!

Baru tadi hantar nisaq balik ke hostel. Kali ini mungkin ke hostel yang terakhir…sebab selepas ni dia exam final, btn dan terus induksi…dan terus posting. Erm..begitu cepat masa berlalu. Rasa berat dan berdebar-debar pula menunggu keputusan posting dia. Harapnya dapat dekat-dekat ipoh ni juga. Tapi jika ditakdirkan jauh…dah siap pesan akak…jgn lupa balik jenguk abah dan cik da kat sini. Semoga dia sentiasa menjadi anak yang sentiasa mengingati ibu bapanya. Amin…tadi semasa bersiap nak balik berdialog sebentar dengan akak.

Kakak : Kenapa abah marah benar dengan “dia” cik da?

Cik da : Abah bukan marah tapi kecil hati saje…entah lah…mungkin sebab dia rasa budak tu

penting diri kot…

Cik da : Di tengah -tengah jiwa tak berapa betul ni…kenapa la dia muncul juga ye kak…

Kakak : Akak pun terfikir tadi…tapi tak pela..akak berdoa..jika dia jodoh akak…dekatkan lah kami

berdua…jika bukan jauhkan lah…erm…heheheh

Cik da : (dalam hati) begitu mudah dia fikir…senang..dan penuh redha…hhahhaha..kalau aku

dulu mau nangis aje kerjanya…

Sekurang-kurangnya aku tau apa yang tersirat dalam hati dia. Dia tidak meletakkan rasa hatinya di atas. Dia lebih rasional. Semoga dia menjadi seperti Nisa dalam tahajud cinta Nisa…yang penuh redha dan tawaduk dalam tugasnya sebagai hamba Allah. Aku berdoa semoga dia sentiasa tabah dan redha dengan ketentuanNya. Nisaq. Good Luck…dan selamat maju jaya. Caiyok!!!

Baca Selengkapnya.....

Rabu, 5 Mei 2010

cubaan...


Dugaan …

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini cikgu nak bercerita pasal apa itu yang dikatakan sebagai dugaan. Dugaan… erm..rasa macam kecil je perkataan tu…tapi kadang-kadang kita tak sedar, dugaan itu sentiasa datang dalam pelbagai bentuk. Contohnya, ada seorang rakan kita meminta tolong kepada kita untuk printkan assignmentnya…dengan rasa mudah..anda terus sanggup menolong…tetapi nak dijadikan cerita…tak boleh print sebab masalah installer…atau mungkin masalah kertas tiada. Bukankah itu sebahagian dari dugaan. Ada yang rasa erm…itu dugaan kecil je la…boleh selesai…tapi betulkah boleh selesai? Bagi sesetgh orang akan menganggap itu sebagai perkara kecil. Tapi bagi sesettengah yang lain pula ia adalah besar . Kenapa ye.? Pertama, kecil bagi pihak yang menolong, kerana dia hanya nak menolong tak boleh tolong nak buat cam mana kan…(ini bagi yang tolong sambil lewa la-baik tak yah tolong kan). Besar kerana si peminta tolong itu memang amat memerlukan pertolongan kawan nya kerana dia tidak cekap menggunakan komputer dan esok kena submit assignment kepada gurunya. LIhat. Ada dua impak yang berbeza dalam satu keadaan.

Berbalik kita kepada dugaan. Masalah tidka boleh print itu boleh diselesaikan dengan byk cara. PErtama, pergi saja di CC dan print Cuma mungkin kena sedikit bayaran. Mungkin mahal kalau assignment tu tebal mukasuratnya. Atau pergi sahaja pada kawan lain…atau beli printer dan print…ini mungkin penyelesaian bagi orang dah terlebih duit la kan. Apapun penyelesaian mesti ada. Mesti…insyaAllah. Tiada masalah yang didatangkan tanpa jalan penyelesaian melainkan mati. Itu wajib bagi setiap benda hidup.

Allah menduga kita dengan byk cara. Allah mahu melihat sejauh mana keikhlasan kita sebagai hamba dalam menerima dugaannya. Allah akan datangkan dugaan dengan dugaan yang sememangnya sesuai bagi diri kita menghadapinya. Allah itu maha pengasih lagi maha menyanyangi. Allah tidak akan menyusahkan hambanya dengan suatu perkara yang hambanya tidak mampu lakukan. Sebagai contoh, Allah tidak sampaikan peperangan kepada Malaysia, sebaliknya Allah memilih Palestine. Kenapa ya? Kerana hanya Allah yang mengetahui sebabnya. Tapi secaa logic akal, Malaysia sudah mengalami peperangan itu sebelum Palestinedi zaman dahulukala lagi. Di akhir zaman ini Palestine yang ditimpa malang sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran. Namun mereka insyaAllah di tempat orang-orang yang syahid.Namun tidak mustahil, kemungkaran Allah atas kejahilan kita akan membuatkan peperangan itu diletakkan kembali ke Malaysia. Nauzubillahiminzalik.

Allah menduga hambanya. Byk perkara. Putus cinta, cinta tak terbalas. Namun seringkali kita melihat dan mendengar berita yang bodoh pada hemat saya, iaitu bunuh diri, larikan diri. Erm…bagi saya ini ibarat suatu tindakan tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Setiap manusia diperuntukkan dengan jodoh, ajal di mana semuanya ketentuan Allah. Jika kita tidak redha dengan setiap ketentuannya ibarat kita sama sekali mengikari apa yang telah ditetapkan. Ingat. Perkara yang kita rasakan wajar bagi kita sebenarnya adalah tidka baik bagi kita dan insyaAllah …Allah merencanakan perkara yang terbaik buat kita….doa byk-byk ye…


Apapun setiap dugaan tak kira nak exam ke..nak kahwin ke..nak ajar anak murid ke…apap-apa saja…hadapila ia dengan tenang dan sabar. Cuma dalam hal ini cikgu memang perlu byk bersabar

ye…untuk diri sendiri ni…sebab dugaan jadi cikgu ni terlalu besar sekarang. Maklum la …dah makin ramai anak-anak lupa diri dan lupa adab susila dalam menuntut ilmu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa anak didikku dan diriku…dan semoga kesabaran dalam mendidik anakanda-anakanda ini menjadi tarbiah juga buat diri cikgu.

“ Ya Allah berikan lah aku kesabaran dalam mendidik jiwa-jiwa anak didikku ini dan semoga aku dalam golongan yang sabar dan diberikan petunjuk dan hidayah dalam mendidik mereka dijalan yang engkau redhai dank u pohon juga lembutkan lah hati anak-anak didikku ini dalam menerima ilmu yang disampaikan dan semoga mereka berada dalam golongan yang memperjuangkan agamamu kelak” Amin..

Baca Selengkapnya.....