Ahad, 25 Oktober 2009

Sambutan Eidulfitri 1430

Salam. Dah lama sangat tak update blog. Pertama tak tau nak update apanyer…hari ni nak kongsi cerita di Satu hari di hari raya . Walaupun syawal dah habis..tapi moment raya tu tak pernah surut. 11hb Oktober 2009, AJK PEPCI (Persatuan Penduduk Chepor Indah )yang lain menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat taman. Letih tapi Alhamdulillah…mengikut seperti yang dirancang.Alhamdulillah sambutan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Antara gambar yang saya paparkan. Byk lagi tapi kena tgk di web picasa saya la ye...




Terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk sesi persiapan pagi itu.


Terima kasih juga kepada orang lelaki yang setia mengasapkan diri dalam erti kata lebih baik.(terima kasih tidak merokok)



Terima kasih juga buat rumah anak yatim ar-raudhah yang sudi hadir memeriahkan majlis.


Sesungguhnya menggembirakan mereka yang lebih memerlukan itu adalah lebih bahagia dari menggembirakan perut sendiri semata.

Rasa gembira yang tak boleh nak dikata...hehheheh



Kanak-kanak memang syok la wei...dapat duit raya...


Kan dah cakap...depa memang seronok...sebahagian je ni..bawah 12 tahun. Ada 2/3 lagi kat luar tu...malu katanya nak ambil gambar...hahhaha..


Antara orang kuat PEPCI dan Surau AL-Falah

Kenangan...semoga sudi lagi datang majlis kami ye...


Kak Ju excitednyer makan lemang...hehehhe

Dah tak cukup ruangan kat luar tu...kena makan di dalam...nampak tak budak kecil baju merah bersandar kat mak dia tu....budak tu tgh mengadu kat mak dia...yang dia kena tahan di cik da sebab kacau orang tgh bergambar...kakai la jafni ni...hahah..yang lawak...mak dia buat tak layan...awat cik da tak cubit je jafni tadi...hahahha...


Antara golongan hawa yang byk menyumbang tenaga utk majlis ini.


Ish..budak tomei ni interframe juga...hehhehe...Aira maisarah.


Maaf..gambar satu family tak de...ini gambar dengan anak sulung aje...yang lain tak cuti sekolah payah sikit...soalan bonus..berapakah umur budak yang duk tengah itu...? Sapa betul satu tiket bercuti ke ULU-CHEPOR...heheh..boleh claim ye nanti..sapa-sapa yang betul.

Banyak lagi gambar...boleh tatap di sini ye...nak ambil pun leh...heheheh
Link :
http://picasaweb.google.com/faridayusof/HariRayA2009#
http://picasaweb.google.com/faridayusof/HariRaya200902?authkey=Gv1sRgCPChxdOSzKT8BQ#

InsyaAllah...nanti sambung lagi...episod lain la ye...tak nak raya dah...syawal dah habis...

Baca Selengkapnya.....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Semoga Allah jauhkan kita dari segala BENCANA


Malaysia maling???
Apa-apa je la dik oi...dah tak larat nak dengar isu-isu yang rasanya kalau dilayan tak habis ceritanya.Kenapa Indonesia marah sangat dengan Malaysia? Jahat sangatkah Malaysia ni...habis tu kenapa masih hantar rakyat bekerja di Malaysia...kenapa masih sudi minta pertolongan di Malaysia jika kami ini amat jahat di pandangan mata anda.

Erm...tak faham apa saya tulis...pastikan anda rakyat indonesia..cuba la bawa-bawa belajar untuk belajar bahasa Malaysia...sebab orang Malaysia pun sudi belajar bahasa Indonesia..sikit-sikit...

Malaysia jahat? Nauzubillahiminzalik...semoga Allah jauhkan kami dari sifat kejahatan itu...jauhkan kami dari sifat riak dan takbur...bangga diri...rakyat Malaysia...tak perlulah terikut-ikutkan budaya "Indonesia fanatik" yang pada saya agak keterlaluan. (Bukan semua fanatik sgt sampai maki hamun rakyat Malaysia)

Kita rakyat Malaysia hendaklah sentiasa rasa bersyukur...dan penuh dengan kemaafan. Maafkan saja keterlanjuran mereka yang fanatik itu.

Semoga kita juga dijauhkan dari malapetaka yang ditimpa oleh Allah kepada mereka.Sebagai orang yang memaafkan...sudilah kiranya membantu jiran kita ini yang amat memerlukan. Ikut hati..memanglah rasa macam nak cakap "Ambik ko" tapi atas sifat keperimanusiaan. Atas sifat beralah yang diajar kepada rakyat Malaysia...tak pelah...tolongla ye...apa yang terdaya.

Tapi ingat rakyat Malaysia bukan pekak cuma kami diam kerana kami tak nak burukkan keadaan. Walaupun dah ada bunyi-bunyi suara budak Malaysia cuba ikut rentak Indonesia (dalam mengutuk) tapi kami masih pertahankan silaturaahim ini. Bukan apa kami bimbang ditimpa "bencana" Allah jika cuba memutuskan silaturrahim yang telah sekian lama.

Kadang-kadang kita perlu cermin diri kita kenapa ye Allah timpakan bencana begitu banyak kepada kita. Mungkin ada perkara yang kita zalimi seperti membunuh orang yang tak sepatutnya...erm...fikir-fikirkan la...

Baca Selengkapnya.....

Isnin, 14 September 2009

Asma Allah from Sami Yusof



Baca Selengkapnya.....

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan Nasheed by Sheikh Fahd Al Kanderi



Baca Selengkapnya.....

Selamat Menyambut Ramadan

Kesempatan sebelum ramadan ni nak mohon maaf dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki...semoga ramadan kali ini penuh keberkatan dari Allah. Yang oenting lebih baik dari tahun lepas...jgn lupa klik link bawah...download video dari saya dan suami

http://www.4shared.com/dir/19072830/e453433c/sharing.html


Baca Selengkapnya.....

Rabu, 19 Ogos 2009

Allahumma Balighna Ramadan...




Baca Selengkapnya.....

Ahad, 5 Julai 2009

Al-Fatihah

AL-FATIHAH

Semalam, 4 JULAI 2009 jam 9.05 malam En. Ahmad Hatta bin Ahmad Nawawi penduduk Chepor Indah Jalan 39, telah kehilangan ibu tercintanya. (Rumahnya berdekatan dengan surau Al-Falah)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bonda beliau.

Kepada yang belum melawat keluarga beliau, bolehlah melawat beliau dirumahnya.

Semoga En. Hatta sekeluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

Baca Selengkapnya.....