Khamis, 29 Oktober 2009

Berapa kali pergi toilet daa....

Salam. Pertama...cikgu nak cakap maaf tak masuk kelas. Keadaan perut tidak mengizinkan.
Apa tah yang silap makan. Ini baru reda selepas berhempas pulas ke toilet sejak balik sekolah tadi. Maaf sekali lagi.

Sebenarnya time sakit macam ni tetiba terfikir adakah saat kita bertemu Allah tu dah dekat. Ditakdirkan begitu...cukupkah amalan diri ini untuk dibawa. Sakit itu penghapus dosa kepada yang sabar menerimanya. Teringat pesanan Tn.guru Ghazali Hasbullah. Solat taubat itu mesti setiap hari. Sambil solat fardhu, solat sunat dan zikir jgn tinggal walau dalam keadaan apa sekalipun.

Memang terasa nak "mengaduh" tapi ingat pesanan guru tu ...rasa tak jadi la..tak pela...sikit je ni.
Ambil MC baru tau...hhahahah..tapi kerja belambak hah...doakan cikgu sihat...semoga cikgu dapat hadir ke sekolah esok tanpa gagal.InsyaAllah.

Maaf sgt-sgt cikgu tak terlayan tadi ...cikgu memang amat tidak sihat yang cikgu mampu angguk kepala saja..nak menjawab soalan pun dah tak mampu. Menahan sakit.

Jeles pulak tgk suami tidur nyenyak ni...tapi mata tak mengantuk. Kena juga paksa tidur ni...walaupun cikgu dah terlelap sekejap-sekejap tadi dalam menahan sakit ni. Tak pe...sebarang komen kita celoteh dalam FB ye...

Baca Selengkapnya.....

Selasa, 27 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir

Salam.
Post kali ni khas buat kak jijah, sharifah nor, mat iwan dan sapa-sapa la yang menyambut hari lahir mereka pada 29hb Oktober.
Selamat Hari Lahir juga kepada yang lahir pada 28hb Oktober. Semoga anda semua dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda, diberikan taufik dan hidayah. Menjadi insan yang lebih sempurna dari sebelumnya. Aminn...

Baca Selengkapnya.....

Isnin, 26 Oktober 2009

Haji Ridzuan and his cat


Salam. Saja nak share minat kami sekeluarga. Tapi suami sikit lebih la dari saya.
Yang hitam putih itu FELIX.Kucing saya yang first selepas yang lain-lain hilang dan mati. Yang kecil sekali tu baby(nisaq yang namakan)-suami jumpa di surau.Siapa tah cerdik sgt buang kucing kat surau. Putih itu snow.Putih dan bermata juling...hehheeh..dan yang kelabu tu kimi. Semua ni kucing yang baru diambil suami dalam 2-3 bulan. Yang gambar sebelum ni..semuanya ada yang arwah dan ada yang hilang tanpa dikesan. Semoga yang 4 ni kekal hingga dewasa dan tua.


Baca Selengkapnya.....

Ahad, 25 Oktober 2009

Perihal Oktober

Salam. Oktober adalah bulan byk kerja pada saya. Walaupun bulan-bulan lain saya ni memang banyak kerja..tapi Oktober sedikit penat. Agaknya sebab dah dekat nak hujung tahun...dah kehabisan tenaga kot...(ayat alasan tuh...)


Jadi kita mulakan dengan ini

hahhaha..dah tak de kerja la ni kan...gambar laptop sendiri diambilnya...Perhatikan desktopnyer..silala pastikan jgn la letakkan segala bagai dihadapan laptop anda...sebab ia amat menyemakkan mata...ini anak saya punya kerjala..segala bagai download semua letak kat depan desktop...satu hal nak clearkan balik...


7hb - 13hb oktober adalah hari Peperiksaan Awam PMR...saya mengawas peperiksaan di Sekolah Ma'ahad AL-Imam As-Syafiee...alhamdulillah calon 48 orang...tak buat perangai pun...budak sekolah agamakan..hari terkahir exam...khusyuk tuh...
Nampakkan..ada pakai mask ada yang kebal...masa peperiksaan semua pelajar wajib pakai mask dan cuci tangan guna sanitizer tu sebelum masuk dewan...kesian...tak pe..pengawas peperiksaan pun sama...


Balik saja dari mengawas peperiksaan saya kena selenggara makmal komputer. Aduh..saya sorang diri lak tu...komputer ada 42 buah...jadi bagi memudahkan cara dengan menggunakan budget yang ada...maka...syarikat MyOwn IT Sdn Bhd dipilih. Alhamdulillah...budget RMXXXXX...walaupun ciput tapi dapatla juga melajukan dan memantapkan 21 PC kat lab tu.
Baki dia masih terpekung di makmal B. (makmal B tu kena lalu kut pintu tgh tu...besarnya sama la ngan lab yang dipaparkan ini)


Gambar ni sebelum makmal diselenggara dalam kul 11.00. Anak murid tu eksyen duk depan PC...PC byk tak boleh guna...ini baru makmal A...makmal B lagi banyak. Pening la...makmal ni membazir ruang sebenarnya...Ikutkan boleh isi 40 PC utk satu makmal..tapi cam ne tah design...buat 20 PC satu makmal...dah la tu meja besar ...tapi senang la nak buat kelas lain..sebab boleh menulis atas meja tu..

3 kakitangan comp tu datang utk selenggara. Alhamdulillah komputer tahun 2002 bertukar menjadi 2009...hahhaha...window XP dgn microsoft office 2007. Laju...surfing internet laju la dari laptop saya ni hah...dah tak isi apa-apa..lajula kan...line schoolnet pun laju kat sekolah saya ni...jadi maka ia lajula...heheheh

Bukti kepada BTPN Perak...En.Ismail...sila lihat ye...bukti kami selenggara. Temph penyelengaraan 14,15hb dan sambung pada 23hb. Masa selenggara pada 15hb tu tetiba tak cukup RAM lak..kena order lain seh...


Ini pula kucing kami yang crisis identity. Felix ni kalau ikutkan dia...nak tidur atas katil. Nak makan atas meja. Berak kena basuh. Kena mandi everyday...ish...bosan betul la...dah puas cakap kat dia..."Ko tu kucing...la..buat la cara kucing". Kerjanya ..cari peluang untuk masuk rumah. Ni baru lepas mandi...suami bawa masuk tidur atas katil. Sebenarnya suami saya la yang mengajarnya sampai dia lupa dia tu kucing...heheheheh

Tengok...tidur nak kena ada selimut...boleh blah...favourite dia...daging kambing panggang...ayo...see...rimau ke kucing la pulak budak ni sekoo ni hah...


Ini pula rakan petugas waktu peperiksaan dalaman peringkat sekolah. Sekarang sekolah saya dah start final exam. Dalam bilik citra Bestari...bilik unit peperiksaan la...

Ini pula bos saya SU peperiksaan dalaman. Tgh Bz buat jadual pengawasan. Tak siap-siap lagi...siap kan..kena rombak then buat lagi...pening-pening...yang tukang perhati pun pening ni hah.


Dia dah warn..jgn upload dalam mana-mana ...hahha..nasib la kak...saya ni bukan dgr kata sgt...hehehhe maaf ye kak jaja.

Yang saya paparkan ini, merupakan ruang litup tempat kerja saya dan selingan kucing tomei saya tuheheheh. Bilik komputer tu dua makmal saya sorang saje yang kena duk situ...tak de cikgu lain sudi nak duk...jauh sgt ngan ofis dan bilik guru juga toilet.Leh tercirit sebelum sampai toilet hah. Saya lebih suka buat kerja di bilik citra bestari kalau tak de kelas di makmal komputer...sunyi sgt kat sana...saya ada tempat di bilik guru..tapi dah tak duduk..sebab tak sempat...berabuk tak usah kira la kan..agaknya dah ada orang lain ambik kot.
Cikgu-cikgu selalu pening nak cari di mana saya...ini hintnyer...sila cari

1. Makmal komputer (sebab cikgu ICT)
2. Bilik Citra Bestari (sebab ajk unit peperiksaan)
3. Pejabat (dokumentasi pengurusan)
4.Makmal Biologi (ajar sains juga)

Sebab itula saya cakap...saya tak sempat nak duduk dalam bilik guru. Lagi satu...call je la...ish...zaman ni pun susah juga ka mau cari orang...tinggalkan mesej anda jika tak berjawab phone itu...noktah.kakidar.


Baca Selengkapnya.....

Sambutan Eidulfitri 1430

Salam. Dah lama sangat tak update blog. Pertama tak tau nak update apanyer…hari ni nak kongsi cerita di Satu hari di hari raya . Walaupun syawal dah habis..tapi moment raya tu tak pernah surut. 11hb Oktober 2009, AJK PEPCI (Persatuan Penduduk Chepor Indah )yang lain menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat taman. Letih tapi Alhamdulillah…mengikut seperti yang dirancang.Alhamdulillah sambutan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Antara gambar yang saya paparkan. Byk lagi tapi kena tgk di web picasa saya la ye...




Terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk sesi persiapan pagi itu.


Terima kasih juga kepada orang lelaki yang setia mengasapkan diri dalam erti kata lebih baik.(terima kasih tidak merokok)



Terima kasih juga buat rumah anak yatim ar-raudhah yang sudi hadir memeriahkan majlis.


Sesungguhnya menggembirakan mereka yang lebih memerlukan itu adalah lebih bahagia dari menggembirakan perut sendiri semata.

Rasa gembira yang tak boleh nak dikata...hehheheh



Kanak-kanak memang syok la wei...dapat duit raya...


Kan dah cakap...depa memang seronok...sebahagian je ni..bawah 12 tahun. Ada 2/3 lagi kat luar tu...malu katanya nak ambil gambar...hahhaha..


Antara orang kuat PEPCI dan Surau AL-Falah

Kenangan...semoga sudi lagi datang majlis kami ye...


Kak Ju excitednyer makan lemang...hehehhe

Dah tak cukup ruangan kat luar tu...kena makan di dalam...nampak tak budak kecil baju merah bersandar kat mak dia tu....budak tu tgh mengadu kat mak dia...yang dia kena tahan di cik da sebab kacau orang tgh bergambar...kakai la jafni ni...hahah..yang lawak...mak dia buat tak layan...awat cik da tak cubit je jafni tadi...hahahha...


Antara golongan hawa yang byk menyumbang tenaga utk majlis ini.


Ish..budak tomei ni interframe juga...hehhehe...Aira maisarah.


Maaf..gambar satu family tak de...ini gambar dengan anak sulung aje...yang lain tak cuti sekolah payah sikit...soalan bonus..berapakah umur budak yang duk tengah itu...? Sapa betul satu tiket bercuti ke ULU-CHEPOR...heheh..boleh claim ye nanti..sapa-sapa yang betul.

Banyak lagi gambar...boleh tatap di sini ye...nak ambil pun leh...heheheh
Link :
http://picasaweb.google.com/faridayusof/HariRayA2009#
http://picasaweb.google.com/faridayusof/HariRaya200902?authkey=Gv1sRgCPChxdOSzKT8BQ#

InsyaAllah...nanti sambung lagi...episod lain la ye...tak nak raya dah...syawal dah habis...

Baca Selengkapnya.....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Semoga Allah jauhkan kita dari segala BENCANA


Malaysia maling???
Apa-apa je la dik oi...dah tak larat nak dengar isu-isu yang rasanya kalau dilayan tak habis ceritanya.Kenapa Indonesia marah sangat dengan Malaysia? Jahat sangatkah Malaysia ni...habis tu kenapa masih hantar rakyat bekerja di Malaysia...kenapa masih sudi minta pertolongan di Malaysia jika kami ini amat jahat di pandangan mata anda.

Erm...tak faham apa saya tulis...pastikan anda rakyat indonesia..cuba la bawa-bawa belajar untuk belajar bahasa Malaysia...sebab orang Malaysia pun sudi belajar bahasa Indonesia..sikit-sikit...

Malaysia jahat? Nauzubillahiminzalik...semoga Allah jauhkan kami dari sifat kejahatan itu...jauhkan kami dari sifat riak dan takbur...bangga diri...rakyat Malaysia...tak perlulah terikut-ikutkan budaya "Indonesia fanatik" yang pada saya agak keterlaluan. (Bukan semua fanatik sgt sampai maki hamun rakyat Malaysia)

Kita rakyat Malaysia hendaklah sentiasa rasa bersyukur...dan penuh dengan kemaafan. Maafkan saja keterlanjuran mereka yang fanatik itu.

Semoga kita juga dijauhkan dari malapetaka yang ditimpa oleh Allah kepada mereka.Sebagai orang yang memaafkan...sudilah kiranya membantu jiran kita ini yang amat memerlukan. Ikut hati..memanglah rasa macam nak cakap "Ambik ko" tapi atas sifat keperimanusiaan. Atas sifat beralah yang diajar kepada rakyat Malaysia...tak pelah...tolongla ye...apa yang terdaya.

Tapi ingat rakyat Malaysia bukan pekak cuma kami diam kerana kami tak nak burukkan keadaan. Walaupun dah ada bunyi-bunyi suara budak Malaysia cuba ikut rentak Indonesia (dalam mengutuk) tapi kami masih pertahankan silaturaahim ini. Bukan apa kami bimbang ditimpa "bencana" Allah jika cuba memutuskan silaturrahim yang telah sekian lama.

Kadang-kadang kita perlu cermin diri kita kenapa ye Allah timpakan bencana begitu banyak kepada kita. Mungkin ada perkara yang kita zalimi seperti membunuh orang yang tak sepatutnya...erm...fikir-fikirkan la...

Baca Selengkapnya.....